Saturday, November 20, 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak


Pada 23 & 24 Oktober 2010 bertempat di Waterfront Kuching, Sarawak telah berlangsung acara peringkat kebangsaan anjuran MOSTI iaitu Karnival Malaysia Inovatif 2010 - Zon Sarawak. IKM Kuching yang diwakili oleh kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri (STEI) dan Sijil Teknologi Automotif (STAF) telah berpeluang menyertai karnival ini yang telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

En. Mahazani bin Ali, Pengarah IKM Kuching, En. Khairul Hisham bin Abdul Kadar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) telah sudi hadir ke gerai pameran yang dianjurkan oleh STEI. Gerai pameran ini juga telah dilawati oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili bersama Y.B. Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sambil mencuba sendiri setiap inovasi yang dipamerkan.

Tahniah diucapkan kepada staf STEI, En. Mustafa Kamal bin Abdul Wahid & En. Syaiful Bahari bin Sahroni serta staf STEI lain yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung telah bertungkus - lumus untuk menjayakan gerai pameran IKM Kuching secara am dan STEI secara khususnya. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...