Wednesday, September 1, 2010

Majlis Berbuka Puasa STEI @ Samudera Court
























Kali ni kami telah berbuka puasa di Samudera Court yang terletak di Satok, Kuching. Walaupun tidak cukup korum (ada yang telah bercuti & ada urusan keluarga) majlis berbuka puasa tetap dilaksanakan juga bagi mengisi perut - perut yang telah menahan nafsu, dan berjaya mengelak dari menerkam makanan disiang hari.



Antara staf STEI yang dapat hadir pada petang tersebut adalah Pn. Diana, En. Syaiful Bahari, En. Choiril Anwar, En. Mohd Zikril Hakim, En. Mohd Nasri, En. Mustafa Kamal dan En. Mohamad Yusri. Kepada staf STEI yang tidak dapat hadir, terdapat gambar - gambar disertakan bagi tujuan menjeleskan anda...hehe..gurau aje ye..untuk tatapan semualah sebenarnya.


Konsep buffet yang disediakan oleh pihak Samudera Court sangat menggembirakan hati staf kerana pelbagai menu yang pasti telah berlegar - legar diruang minda sepanjang hari berpuasa. Eloklah kiranya jika dapat menyantap lauk pauk yang pelbagai antaranya masakan Barat, masakan tradisional, makanan laut & darat yang dibakar secara live.


Sebaik sahaja azan berkumandang (mengikut kata Mus lah) kami semua tidak membuang masa untuk terus menjamah makanan yang telah diambil. Masing - masing dengan strategi tersendiri bagaimana untuk menyelesaikan makanan - makanan yang telah disediakan pihak Samudera Court.


Di penjuru kiri gambar kelihatan kawasan ikan bakar (ataupun digelar Department Ikan Bakar oleh geng - geng STEI). Pilihan meja yang tepat kerana berdekatan dengan Department tersebut, mudah untuk kami mencapai ikan - ikan yang telah dibakar, sebelum sempat dicapai oleh pelanggan - pelanggan lain




Makan kena banyak, air kene sikit...betul ke petua ni??? Kecik aje cawan tu, ni mesti strategi supaya perut lambat kenyang.


Surau juga disediakan untuk kemudahan para pelanggan bersolat Maghrib selepas berbuka puasa. Tapi kenapa pakai kertas A4 je untuk buat makluman, sedangkan papan hitam punyalah besar kat belakang tu.


Ingatkan dah berhenti makan, rupanya ada pulak sambungan, memang berbaloi bawak geng - geng STEI pegi majlis, gerenti bersih...hehe...tu pun belum cukup korum lagi.



Tu dia...masih tak berhenti lagi makan, walaupun semua dah kelihatan tersengih - sengih macam kerang busuk...tapi masih bersemangat untuk terus makan. Memang betul - betul menghayati bulan puasa mereka semua ni.









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...