Saturday, October 9, 2010

Majlis Ramah Tamah Raya Aidilfitri IKM Kuching 2010






















Pada 1 Oktober 2010, IKM Kuching telah mengadakan Majlis Ramah Tamah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2010. STEI juga tidak ketinggalan dengan bekerjasama dengan kursus STED untuk menyediakan gerai makanan dimana STEI diamanahkan untuk membina gerai juadah manakala STED ditugaskan untuk memasak.
Juadah yang disediakan adalah Laksa Sarawak.

























Sangat menyelerakan sekali laksa sarawak ini sehinggakan permintaan melebihi jumlah makanan yang telah disediakan. Tapi sekurang - kurangnya kerja kami sudah ringan kerana tiada makanan yang berlebihan. SOLD OUT bak kata Mat Saleh.
























Jabatan - jabatan lain juga terlibat sama dengan menu masing - masing yang tak kurang hebatnya. Tak menang tangan dibuatnya apabila masing - masing hendak mencapai segala juadah yang disediakan. Siapa cepat dia dapat macam tu laa lebih kurang.


























Dengan adanya majlis - majlis ramah tamah seperti inilah dapat dikumpulkan staf - staf dan pelajar - pelajar disatu tempat dimana masing - masing dapat beramah mesra, bersantai setelah bekerja keras mengajar dan belajar.


























Bergambar bersama pelajar - pelajar STEI yang menjaga gerai STEI
























Ketua Jabatan STEI, Puan Diana Spencer hadir juga bersama suami dan anak.

























Gerai STEI yang menyediakan laksa sarawak. Alangkah lebih meriah jika lampu raya diatas tu boleh berfungsi...hehe...




























Bergambar dahulu sementara menunggu green light untuk menyerbu ke gerai - gerai juadah. Lapar dah masa ni tapi masih boleh mengawal tahap kehenseman masing - masing.


























Gelagat pelajar - pelajar STEI semasa majlis.






















Liputan meluas diberikan oleh STEI sepanjang majlis ramah tamah. Dikala semua tetamu sedang menjamu selera, mereka ini tidak henti - henti menekan shutter kamera masing - masing, merakam setiap aksi dan detik - detik yang penting.
























Siapa sangka pengajar - pengajar yang garang sebenarnya mempunyai sifat peramah dan  mampu berhumor, bergelak ketawa dengan pelajar - pelajar.


























Bergambar dengan sebahagian staf dan pelajar STEI didepan gerai STEI

1 comments:

Anonymous said...

kepada jurubahasa....tahniah perkataan yg anda gunakan menarik minat saya....dan gambar nie semua perghhhh...cayalah...menarik, tertarik kau memang deboommm lah......teruskan perjuangan anda...kerana perjuangan kiter belum selesai...hauahuahuahau...tahniah n syabas betey...amma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...