Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang Pelajar Baru




Sijil Teknologi Elektronik Industri IKM Kuching mengucapkan selamat datang kepada pelajar - pelajar baru sesi Januari - Jun 2011. Semoga kehadiran anda disini adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

Friday, December 10, 2010

Selamat Bercuti!





Kursus STEI mengucapkan selamat bercuti semester kepada semua pelajar - pelajar STEI. Semoga anda telah berjaya menjawab dengan baik pada minggu peperiksaan akhir yang telah berakhir pada hari ini dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti. Jangan lupa untuk mendaftar semula pada awal Januari 2011 bagi sesi Januari - Jun 2011.

Sekian, terima kasih.

Semester 2 Pre - Final Project Proposal



 

"hermmm BERAKHIRNYA SESI PRESENTATION PRA FINAL PROJEK SEM 2.....SO FAR 60% BETTER LAH...CUMA KENA BUAT LEBIH DARI PERSEDIAAN DIRI SAHAJA....SO, ALL OF U NEED 2 REPRESENT 4 2ND TIME ON THURSDAY MORNING......THANK U....."

 
Memetik ungkapan diatas dari FB STEI, seharusnya pelajar Semester 2 sekarang ini sudah mendapat input positif yang diberikan oleh pengajar - pengajar pada sesi persembahan cadangan projek akhir dan seterusnya menggunakan segala maklumat yang disampaikan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh diri sendiri malah dapat juga ditumpang bersama oleh STEI dan IKM Kuching.

Semester 3 Final Project Presentation

Projek yang dihasilkan oleh pelajar Semester 3 kali ini sangat mendukacitakan. Ini boleh dilihat daripada hasil kerja yang dipersembahkan oleh setiap pelajar. Banyak yang masih perlu diperbaiki oleh mereka ini. Kegagalan menyiapkan laporan projek akhir, litar yang tidak siap, komponen yang masih berterabur, tiada kemasan pada projek, sifat sambil lewa dalam menyiapkan projek adalah sebahagian daripada faktor - faktor penyumbang kepada kegagalan mereka ini menghasilkan sesuatu yang boleh menggambarkan diri mereka dan apa yang telah mereka pelajari di IKM Kuching dan STEI.

Sunday, December 5, 2010

Calendar: December 2010

Saturday, November 20, 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak


Pada 23 & 24 Oktober 2010 bertempat di Waterfront Kuching, Sarawak telah berlangsung acara peringkat kebangsaan anjuran MOSTI iaitu Karnival Malaysia Inovatif 2010 - Zon Sarawak. IKM Kuching yang diwakili oleh kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri (STEI) dan Sijil Teknologi Automotif (STAF) telah berpeluang menyertai karnival ini yang telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Thursday, November 18, 2010

Pengambilan Pelajar KKTM / IKM Sesi Januari 2011



























Pengambilan TELAH DITUTUP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...