Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang Pelajar Baru




Sijil Teknologi Elektronik Industri IKM Kuching mengucapkan selamat datang kepada pelajar - pelajar baru sesi Januari - Jun 2011. Semoga kehadiran anda disini adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

Friday, December 10, 2010

Selamat Bercuti!





Kursus STEI mengucapkan selamat bercuti semester kepada semua pelajar - pelajar STEI. Semoga anda telah berjaya menjawab dengan baik pada minggu peperiksaan akhir yang telah berakhir pada hari ini dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti. Jangan lupa untuk mendaftar semula pada awal Januari 2011 bagi sesi Januari - Jun 2011.

Sekian, terima kasih.

Semester 2 Pre - Final Project Proposal



 

"hermmm BERAKHIRNYA SESI PRESENTATION PRA FINAL PROJEK SEM 2.....SO FAR 60% BETTER LAH...CUMA KENA BUAT LEBIH DARI PERSEDIAAN DIRI SAHAJA....SO, ALL OF U NEED 2 REPRESENT 4 2ND TIME ON THURSDAY MORNING......THANK U....."

 
Memetik ungkapan diatas dari FB STEI, seharusnya pelajar Semester 2 sekarang ini sudah mendapat input positif yang diberikan oleh pengajar - pengajar pada sesi persembahan cadangan projek akhir dan seterusnya menggunakan segala maklumat yang disampaikan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh diri sendiri malah dapat juga ditumpang bersama oleh STEI dan IKM Kuching.

Semester 3 Final Project Presentation

Projek yang dihasilkan oleh pelajar Semester 3 kali ini sangat mendukacitakan. Ini boleh dilihat daripada hasil kerja yang dipersembahkan oleh setiap pelajar. Banyak yang masih perlu diperbaiki oleh mereka ini. Kegagalan menyiapkan laporan projek akhir, litar yang tidak siap, komponen yang masih berterabur, tiada kemasan pada projek, sifat sambil lewa dalam menyiapkan projek adalah sebahagian daripada faktor - faktor penyumbang kepada kegagalan mereka ini menghasilkan sesuatu yang boleh menggambarkan diri mereka dan apa yang telah mereka pelajari di IKM Kuching dan STEI.

Sunday, December 5, 2010

Calendar: December 2010

Saturday, November 20, 2010

Karnival Malaysia Inovatif Zon Sarawak


Pada 23 & 24 Oktober 2010 bertempat di Waterfront Kuching, Sarawak telah berlangsung acara peringkat kebangsaan anjuran MOSTI iaitu Karnival Malaysia Inovatif 2010 - Zon Sarawak. IKM Kuching yang diwakili oleh kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri (STEI) dan Sijil Teknologi Automotif (STAF) telah berpeluang menyertai karnival ini yang telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Thursday, November 18, 2010

Pengambilan Pelajar KKTM / IKM Sesi Januari 2011



























Pengambilan TELAH DITUTUP.

Wednesday, October 20, 2010

Tuesday, October 19, 2010

Sunday, October 17, 2010

Pameran Inovasi IKM Kuching 2010
























Kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri telah menjadi penganjur untuk Pameran Inovasi IKM Kuching 2010. Pameran ini bertujuan untuk memaparkan hasil kreativiti pelajar menghasilkan inovasi terhadap barangan yang sedia ada.

Saturday, October 9, 2010

Majlis Ramah Tamah Raya Aidilfitri IKM Kuching 2010






















Pada 1 Oktober 2010, IKM Kuching telah mengadakan Majlis Ramah Tamah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2010. STEI juga tidak ketinggalan dengan bekerjasama dengan kursus STED untuk menyediakan gerai makanan dimana STEI diamanahkan untuk membina gerai juadah manakala STED ditugaskan untuk memasak.

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
























Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, menahan dari makan dan minum serta melatih kita semua erti kesabaran, kini bulan Ramadhan meninggalkan kita dengan seribu satu manfaat.

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Berbuka Puasa STEI @ Samudera Court
























Kali ni kami telah berbuka puasa di Samudera Court yang terletak di Satok, Kuching. Walaupun tidak cukup korum (ada yang telah bercuti & ada urusan keluarga) majlis berbuka puasa tetap dilaksanakan juga bagi mengisi perut - perut yang telah menahan nafsu, dan berjaya mengelak dari menerkam makanan disiang hari.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 53!!!
























Warga STEI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-53 dengan tema tahun ini "1 Malaysia Menjana Transformasi"

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa
























Menjelang bulan Ramadan yang bakai tiba tidak lama lagi, STEI ingin mengucapkan Selamat
Berpuasa kepada semua staf dan pelajar STEI yang beragama Islam.

Sunday, August 1, 2010

KITA MENANG!!!!




TAHNIAH BUAT PASUKAN REGATTA IKM KUCHING, SARAWAK!!!!!

Sekalung tahniah kepada Pasukan Regatta IKM Kuching, Sarawak yang telah berjaya memenangi tempat Pertama dan Kedua dalam kategori "Perahu Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki Antara IPTA/IPTS", Regatta Sarawak 2010.

Calendar: August 2010

Saturday, July 24, 2010

Regatta Sarawak 2010
























IKM Kuching tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan yang diadakan setiap tahun. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di sarawakregatta.com. Pada tahun ini, acara gemilang ini akan berlangsung dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Waterfront Kuching.

Cytron Technologies: Microcontroller shortcourse
























Pada 6 Julai 2010 telah diadakan satu kursus ringkas kepada pengajar - pengajar STEI berkaitan dengan peralatan latihan yang baru diterima iaitu set Microcontroller dari Cytron Technologies.

Tuesday, July 20, 2010

Calendar: July 2010

Thursday, July 8, 2010

Semester Julai - Disember 2010

Selamat Datang kepada pelajar - pelajar baru dan juga kepada pelajar - pelajar semester 2, 3 dan 4 kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri yang akan memulakan sesi pembelajaran bermula Julai ini.

Saturday, June 12, 2010

Update: Tarikh Akhir Hantar Buku Log Latihan Industri

Makluman kepada semua pelajar - pelajar STEI yang menjalani Latihan Industri bagi sesi Januari - Jun 2010, anda dikehendaki untuk menghantar buku log Latihan Industri bagi tujuan pemarkahan. Sila hantar kepada Pn. Diana Spencer selewat - lewatnya 14 Jun 2010.

Harap maklum.

Monday, May 10, 2010

Calendar: May 2010

Friday, April 16, 2010

Calendar: April 2010

Thursday, April 15, 2010

Saturday, March 13, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Update: Markah Lulus Semester 1 - 4

Berkuatkuasa serta merta adalah peratus terbaru bagi markah lulus untuk subjek - subjek teknikal kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri IKM Kuching. Harap maklum.

SEMESTER 1 & 2

Markah Lulus : 60%


SEMESTER 3 & 4

Markah Lulus : 55%

Wednesday, March 3, 2010

Calendar: March 2010

Tuesday, February 23, 2010

Wednesday, February 10, 2010

Update: Semester 4 Final Project

Berikut adalah senarai projek - projek yang telah dipilih oleh pelajar - pelajar Semester 4 STEI.

Tuesday, February 9, 2010

Calendar: February 2010

Tuesday, January 12, 2010

Calendar: January 2010

Monday, January 11, 2010

Semester 4 Final Project Proposal

Tarikh : 7 Januari 2010
Lokasi : Bengkel STEI








Proposal ini bertujuan untuk mendapat gambaran awal dari pelajar semester 4 tentang projek  akhir yang bakal mereka lakukan. Mereka perlu membentangkan kepada penyelaras tentang projek tersebut serta aplikasinya.

First Entry

Selamat datang ke Blogspot khusus untuk Jurusan Teknologi Elektronik Industri (STEI) IKM Kuching.


Tujuan utama diadakan ruangan ini sebagai madah untuk para pelajar dan staf STEI untuk mengetahui segalaa aktiviti yang dijalankan oleh kursus STEI samada secara formal atau tidak formal dan setiap pengunjung juga bebas untuk memberi komen diruangan yang disediakan.


Sebarang cadangan bersifat positif dan membina amatlah dihargai.


Sama - samalah kita memeriahkan Blogspot STEI IKM Kuching.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...