Haa...kan dah cakap jangan klik, klik jugak...kan dah sampai ke ruangan khas ni...bacalah jika berhati waja...
PROJEK AKHIR: JULAI - DISEMBER 2010
Semester 3 sesi Julai - Disember 2010 telahpun selesai mempersembahkan hasil kerja mereka iaitu Projek Akhir. Maklumbalas yang diterima dari pengajar - pengajar STEI amat mendukacitakan. Ini kerana hasil kerja yang dipersembahkan oleh mereka ini, seolah - olah tugasan tersebut diberikan kepada mereka dalam jangka masa yang terlalu singkat. Bukanlah meminta mereka menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan, malahan jika mereka mampu walau sekelumitpun menunjukkan kerajinan dan tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan, pasti hasil yang lebih menarik dapat dilihat. Tapi harapan tinggal harapan. Mentaliti mereka masih ditakuk Sekolah Menengah mungkin.
A picture tells a thousand words - mungkin tepat sekali ayat tersebut untuk menggambarkan bagaimanakah hasil yang dipersembahkan oleh pelajar STEI semester 3 pada sesi kali ini.
Projek Adam bin Musa & Muhamad Fitri bin Daut
Projek Adam & Fitri - Gambaran hadapan projek gimik.
Projek Adam & Fitri - Hanya mereka yang faham maksud ayat ini. Akibat dari tidak merujuk kepada guru Bahasa Inggeris terlebih dahulu.
Projek Fabian Ak Ganya & Mark Humphrey Ak Engkamat
Projek Mark & Fabian - Pandangan hadapan projek mereka, tetapi jika ianya adalah berkonsepkan papan tanda, kenapa terlalu rendah, pasti orang akan terlepas pandang.
Projek Mark & Fabian - Wayar yang tidak disusun dengan kemas.
Projek Mark & Fabian - Pendawaian yang berserabut, pasti sukar untuk mereka melakukan sebarang "troubleshooting" jika berlaku sebarang masalah.
Projek Mark & Fabian - "Control Box" yang menggunakan papan lapis dengan wayar yang tidak tersusun.
Projek Mohd Khalid bin Shaifulbahri & Mack Denzel
Projek Khalid & Mack - Masih tidak siap, berselerak dengan kayu - kayu dan peralatan pertukangan.
Projek Khalid & Mack - Masih tidak siap.
Projek Ismail bin Joni & Faiz bin Ubi
Projek Ismail & Faiz - Peti surat atau bom jarak jauh? Engsel pintu juga kelihatan.
Projek Ismail & Faiz - Faiz bertanyakan jawapan dengan Ismail.
Projek Ismail & Faiz - Kali kedua, Faiz bertanyakan lagi jawapan dengan Ismail.
Projek Ismail & Faiz - Untuk kali ketiga, Faiz bertanyakan lagi sekali jawapan dengan Ismail.
Projek Ismail & Faiz - Lihat di skrin, masih kosong lagi item - item yang diperlukan, sedangkan ini adalah waktu "presentation".
Projek Martin Anak Gerinang & Patrick Anak Madar
Projek Martin & Patrick - Pandangan hadapan projek mereka.
Projek Muhammad Firdaus bin Kamri
Projek Firdaus - Walaupun kelihatan seperti mesin basuh, ianya adalah rostrum seperti yang dimaklumkan oleh pelajar. Tetapi dimana mikrofon, tempat letak teks ucapan. Tempat letak teks yang landai seperti ini pasti menyukarkan pemberi ucapan untuk mengerling ke arah teks mereka kelak. Think beyond...Think again.
Projek Firdaus - Mencari - cari ayat yang ingin diluahkan. Ayat demi ayat sahaja tetapi litarnya tersembunyi didalam "mesin basuh" tersebut.
Projek Dzulfiqar bin Mohd Kudus
Dzulfiqar - Memberi pelbagai alasan, sedangkan projek pun tidak kelihatan secara fizikal mahupun mental.
Projek Aloysius Eveson Ak Lulot
Projek Aloysius - Hasil kerja sepanjang semester Julai - Disember 2010. Berjaya menghasilkan 3 batang rod aluminium, sebuah papan litar tercetak dan beberapa komponen. Alasannya, kebanyakan komponennya telah hilang dicuri.
Projek Aloysius - Kesan dari PCB yang tidak melalui proses "etching" yang betul. Litar tidak terhasil dengan elok. Apatah lagi komponen yang ingin dipateri.
Projek Muhammad Aufa bin Mohamad Jamaludin & Bahrul Ariffin bin Roslan
Projek Aufa & Bahrul - Dengan tenang mengatakan bahawa mereka tidak bersedia apa - apa lagi untuk "presentation".
Begitulah secara keseluruhan hasil projek akhir bagi pelajar - pelajar semester 3 sesi Julai - Disember 2010. Diharapkan pelajar - pelajar disemester akan datang akan dapat mengambil iktibar dari kesilapan - kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Ingatlah, masa depan anda, anda sendiri yang akan tentukan. Mulakan dari sekarang.
PROJEK AKHIR: BELAKANG TABIR
Episod sedih melanda kembali...sedih yang macam mana??? ni bukan sedih biasa punya...tapi sedih melihat kualiti yang dihasilkan oleh pelajar - pelajar STEI sendiri. Saban hari melihat gelagat mereka ini yang sangat segak berpakaian dari jenama terkemuka, kasut berwarna - warni, yang bermotosikal pula, helmet masing - masing mengalahkan helmet Shahrul Yuzy Valentino Rossi. Tapi bila dibandingkan segala material tersebut dengan apa yang dihasilkan oleh mereka ini, hasilnya sangat menakjubkan tidak seperti yang diharapkan. Dilihat dari segi fizikal, sarat dengan kemewahan tetapi dilihat dari segi mental dan modal insan, mereka ini miskin dari segi ilmu, jatidiri, semangat untuk memajukan diri apatah lagi bangsa. Ini semua akibat dari sikap sambil lewa pelajar sendiri. Ibarat aur dengan tebing pahat dan penukul, harus diketuk baru bergerak. Kalau tidak disuruh, tidak siaplah projek mereka. Dimana sikap berdikari mereka. Sedangkan diumur sebegini, masing - masing menuju kearah kematangan diri. Mungkinkah terdapat batu belah batu bertangkup batu penghalang yang menjadi faktor kepada kegagalan pelajar menghasilkan output berkualiti, iaitu projek akhir yang lengkap berfungsi serta kemas dari segi kosmetik @ visual.
Antara alasan - alasan popular yang menyumbang kepada kegagalan pelajar menyiapkan projek akhir:
1. Encik, semalam kami test projek jadi, tapi hari ni tak jadi pulak. (the most lame excuse...please guys and girls, we're not Stevie Wonder okay, we can see. Above all, we taught you for 3 semesters, you think we didn't know you?).
2. Saya dah save semua dalam pendrive, bila bukak pendrive hari ni, semua dah corrupt, kene virus. (the second most lame excuse, don't blame the technology, blame yourself of not making backup files including hardcopies, lots of it, it's your final project anyway).
3. Apabila tiba hari final project presentation pulak, boleh pulak berlaku perkara ni...:-
Pelajar - Power supply saya kene curi.
Guru - Bila power supply tu dicuri?
Pelajar - Semalam...(diiringi muka ala - ala Puss in Boots). (nyanyi je lagu Jamal Abdillah -
Sandarkan pada Kenangan terhadap power supply kamu yang telah dicuri tu).
Sandarkan pada Kenangan terhadap power supply kamu yang telah dicuri tu).
4. Saya tak sempat print final project report (padahal dekat 6 bulan punya kerja ni....tak sempat lagi? Bukannya kamu taip sendiri 100% pun, most of it are copied directly from internet and then pasted into your final reports, without giving credits to the author. To all copy-pasters, do re-write the words before you put it in your report. We're strongly agreed that most of you guys and girls are lack in English, not?).
5. Projek kami kena curi, encik. (apa punya alasan daaa...ibarat seluar kamu kene curi masa buang air besar kat tandas je..haa macam itulah agaknya).
6. Guru - OK, kalau projek kamu telah dicuri, sila tunjukkan gambar - gambar projek akhir anda, litar - litar skematik, gambarajah pendawaian, datasheet komponen, ataupun simulasi menggunakan Electronic Workbench untuk membantu menyokong kenyataan anda.
Pelajar - Saya ada ambil gambar, tapi saya dah delete, saya ada buat litar guna workbench tapi saya tak save litar tu. (fuhh...takkanlah pakai Electronic Workbench sampai lupa nak save segala testing & troubleshooting work, imagine kamu buat assignment 20 mukasurat dalam Microsoft Word pastu kamu tak save, bukankah itu menunjukkan kebodohan kamu, alasan seterusnya!!!!
NEXT!!!).
7. Kami terlalu sibuk, encik, lukis litar, beli komponen, pasang bahan - bahan, selalu tak tidur malam dibuatnya, itu sebabnya kami tak sempat beri tumpuan pada final project report. (hello, kamu semua ada masa sekurang-kurangnya 6jam / minggu = 24jam / bulan = brape jam / semester ???? Pergi cari kalkulator tu kalau masih tak dapat congak lagi...Jadi, berapa minggu kamu pergi beli komponen, kene tunggang unta ke untuk ke kedai elektronik, ke kene pesan dengan kafilah - kafilah elektronik yang datang singgah berdagang di Kuching, berapa minggu kamu lukis litar, susah sangat macam nak lukis gambar Makcik Selemah Monalisa ke. Kalau kamu tak buang masa dengan melepak tak tentu hala, menghabiskan duit ibu - bapa dan pinjaman MARA ke tempat - tempat yang tak berkenaan, pasti kamu akan kurang hadapi masalah dalam menyiapkan final project).
8. Saya dah buang litar - litar tu semua setelah siap solder komponen. (dah tu kamu nak present dengan apa? melalui kuasa psikik ke? ni bukan rancangan Seekers bersama Uncle Seekers ok)
Itu sebabnya ruangan ini diwujudkan khusus untuk memberi kesedaran kepada pelajar - pelajar yang bakal menempuhi situasi yang sama jika tidak sedar dan mengambil iktibar. Masa depan kamu yang kamu perjudikan, sanggupkah kamu hidup susah untuk 20 - 30 tahun akan datang sekiranya kamu bazirkan peluang belajar yang ada. Lihat keadaan semasa sekarang, graduan ramai tetapi peluang pekerjaan sedikit. Jika anda sendiri tidak mempunyai ilmu & kelayakan akademik yang memberangsangkan, fikir bagaimana kamu ingin bersaing dengan rakyat Malaysia lain yang mempunya kelayakan yang lebih baik. Fikir sejenak. Tentu malu jika ibu - bapa kamu, penjaga kamu malahan penjamin - penjamin kamu jika melihat hasil kerja yang dilakukan oleh anak - anak mereka, ataupun anak - anak yang mereka jamin. Tiada makna jika kamu gah bercerita di rumah atau di kampung betapa hebatnya kamu di IKM, tapi realitinya?
PROJEK AKHIR: GAGAL
Projek Akhir yang dihasilkan secara ala kadar. Nilai diri anda dimanakah letaknya harga ilmu yang anda pelajari selama 2 tahun di IKM Kuching. Bandingkan dengan hasil projek yang anda persembahkan. Dari situ anda boleh fikir sendiri dimana letaknya ilmu anda. Berkat atau tidak ilmu yang anda terima, jawapannya hanya anda sahaja yang tahu. Sama - sama kita nilaikan dan ambil iktibar dari kegagalan mereka ini.
PERNYATAAN
Ruangan ini diwujudkan khusus sebagai peringatan & pengajaran kepada pelajar - pelajar STEI. Gunakan ruangan ini sebagai iktibar dan ilham bagi menghasilkan produk projek akhir yang lebih baik. Gambar - gambar yang disiarkan adalah hakmilik STEI IKM Kuching dan pihak STEI IKM Kuching mempunyai hak penuh keatas gambar - gambar tersebut. Bagi pihak ibu - bapa atau penjaga yang mempunyai sebarang kemusykilan, sila kemukakan pertanyaan atau sebarang maklumat yang ingin disampaikan ke email STEI IKM Kuching.
PERNYATAAN
Ruangan ini diwujudkan khusus sebagai peringatan & pengajaran kepada pelajar - pelajar STEI. Gunakan ruangan ini sebagai iktibar dan ilham bagi menghasilkan produk projek akhir yang lebih baik. Gambar - gambar yang disiarkan adalah hakmilik STEI IKM Kuching dan pihak STEI IKM Kuching mempunyai hak penuh keatas gambar - gambar tersebut. Bagi pihak ibu - bapa atau penjaga yang mempunyai sebarang kemusykilan, sila kemukakan pertanyaan atau sebarang maklumat yang ingin disampaikan ke email STEI IKM Kuching.