Saturday, July 24, 2010

Regatta Sarawak 2010
























IKM Kuching tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan yang diadakan setiap tahun. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di sarawakregatta.com. Pada tahun ini, acara gemilang ini akan berlangsung dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Waterfront Kuching.
IKM Kuching akan bertanding dalam kategori IPTA/IPTS. STEI juga bersemangat untuk membawa nama IKM secara amnya dan STEI secara khususnya. Staf STEI yang terlibat dengan acara regatta kali ini adalah:

En. Syaiful Bahari bin Sahroni
En. Mohd Mustafa Kamal bin Abdul Wahid
En. Mohd Zikril Hakim bin Ismail
En. Mohd Nasri bin Abdul Halim

Warga STEI mengucapkan selamat berjuang kepada staf STEI yang terlibat dan kepada semua staf IKM Kuching. Berjuang habis - habisan sehingga ke garisan penamat! Maju Sukan STEI.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...